Raudhatul Quran
Program ini adalah salah satu usaha Masjid Ar-Raudhah untuk menyemarakkan lagi pembelajaran pembacaan dan ilmu-ilmu Al-Quran di Masjid Ar-Raudhah dan juga di Singapura.
Memperkenalkan Program 5M
(Membaca, Menulis, Memahami, Menghafal & Menghayati Al-Quran)
3 Modul: Asas, Pertengahan dan Lanjutan
1 Modul: 20 sesi selama 2 jam (6 bulan)
Setelah tamat kursus ini, peserta mampu untuk membaca, menulis, menghafal, memahami dan menghayati Al-Quran mengikut modul pembelajaran. Peserta akan menerima sijil penyertaan bagi setiap modul yang dilengkapi.
Untuk pendaftaran, sila tekan butang pendaftaran ataupun daftar melalui kaunter penyambut tamu Masjid Ar-Raudhah.
Pembelian buku di Kaunter Penyambut Tamu Masjid Ar-Raudhah:
Ar-Ruh Al-Amin: $10 (Modul 1 / Modul 2)
Tajwid Toriq Al-Syatibi: $5 (Modul 3)
Bayaran Yuran melalui GIRO digalakkan.
FEES
Per Month: $50
Misc Fees: $30/modul (kertas latihan & penilaian)
FOR AGES
LANGUAGE
Objektif
- Memperkenalkan Ar-Raudhah masjid mesra Al-Quran.
- Menjana generasi yang rajin membaca dan menuntut ilmu Al-Quran dari kecil hingga dewasa.
- Menyemai rasa cinta dengan memahami dan menghayati Al-Quran sepanjang hayat.
Visi
Ke arah generasi Al-Quran yang membaca dan mengamalkan sepanjang hayat.
Misi
- Membasmi buta huruf Al-Quran dalam pembacaan dan penulisan Al-Quran.
- Membina generasi yang menghafal dan memahami Al-Quran.
- Menyemai generasi cinta Al-Quran dengan menghayati Al-Quran.
Memperkenalkan Program 5M
(Membaca, Menulis, Memahami, Menghafal & Menghayati Al-Quran)